|
|
ANDAI rekod pertemuan diambil kira, skuad hoki negara sepatutnya tidak berdepan masalah untuk menewaskan China pada aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2010 di Invercargill, New Zealand hari ini.
Berdasarkan rekod 32 pertemuan, skuad negara telah mencatat 21 kemena- ngan, kalah enam kali dan seri lima.
Namun sejak 2008, China mula muncul antara gergasi baru hoki Asia dan berdasarkan dua pertemuan terakhir, pasu- kan ranking ke-13 dunia itu telah berjaya mencatat kemenangan ke atas Malaysia yang berada pada ranking ke-16 dunia.
Justeru, pertemuan bagi merebut slot terakhir final kelayakan hari ini pastinya penting bagi skuad negara, bukan saja dari segi statistik, namun juga demi maruah negara.
Malaysia memulakan kempen kelayakan ini dengan seri 2-2 dengan Austria, namun mula berjaya mencari rentak dengan menang 2-1 ke atas Wales dan 3-2 ke atas Scotland sebelum tumpas 2-4 kepada New Zealand.
China pula menang semua tiga perla- wanan dan hanya kalah sekali iaitu kepada tuan rumah, New Zealand yang sudah pun layak ke final kelayakan.
"Ya, peluang untuk kita menang agak tipis berdasarkan prestasi dalam kempen kelayakan ini, namun tidak mengapa kerana kita masih ada peluang untuk beraksi pada final," kata Beng Hai semalam.
"Pemain kita sudah mula biasa sedikit dengan angin kuat di sini dan saya percaya kita mampu menewaskan China untuk menempah pertemuan sekali lagi dengan New Zealand."
Beng Hai pastinya menagih sentuhan penyerang muda, Faizal Shaari yang berjaya meledakkan tiga gol dan rakan gandingannya, Tengku Ahmad Tajuddin yang menyumbang dua gol setakat ini.
Faizal, 18, pernah menyumbang lapan gol pada kempen Piala Dunia Remaja dan turut memiliki kepakaran dalam pukulan sudut penalti, namun tidak menggalas peranan tersebut dalam skuad senior negara.
Sementara itu, antara penyumbang gol skuad negara adalah Azlan Misron (dua gol) dan pakar flick, Mohd. Amin Rahim (dua).
Hanya kemenangan ke atas China hari ini sahaja yang bakal memastikan misi skuad negara tidak berkubur, sekali gus mencerahkan semula peluang beraksi pada Piala Dunia di New Delhi tahun depan.
No comments:
Post a Comment