LONDON - Rafael Benitez tetap tenang dengan nasib malangnya bersama Liverpool musim ini.
Malah, pengendali dari Sepanyol itu juga tidak bimbang memikirkan mengenai nasibnya bersama kelab gergasi England itu.
Begitupun, Benitez mengakui hanya keajaiban sahaja yang dapat membantu Liverpool meneruskan cabaran dalam kempen Liga Juara-Juara.
Peluang The Reds dalam kempen Eropah kini makin terjejas selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Lyon kelmarin.
Pada perlawanan itu, pemain gantian, Ryan Babel terlebih dahulu meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-83, namun Lyon kembali menyamakan kedudukan menerusi Lisandro Lopez minit ke-90.
Begitupun, keputusan seri yang dicatat itu bakal menyaksikan Liverpool tersingkir daripada kempen musim ini seandainya kelab Itali, Fio- rentina berjaya menewaskan Lyon hujung bulan ini.
"Saya tidak fikir tugas saya kini dalam bahaya. Lagipun, saya tidak memikirkan sangat mengenai perkara itu dan lebih suka memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya.
"Apa yang pasti, kedudukan kami semakin sukar tetapi semua ini bukan mustahil.
"Kami hanya perlu menang perlawanan seterusnya dengan kelab Debrecen dan lihat apa keputusan pada satu lagi perlawanan. Semuanya bergantung kepada keputusan di antara Fiorentina dan Lyon.
Selepas berakhirnya empat perlawanan, Lyon sudah pun mengesahkan tempat ke pusi- ngan kalah mati selepas mendahului Kumpulan E dengan 10 mata.
Fiorentina berada di tempat kedua dengan sembilan mata diikuti Liverpool (4) dan Debrecen (0)
No comments:
Post a Comment