Pembahagian negara pilihan dan bukan pilihan bagi saingan kelayakan EURO 2012 diumum oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), dengan Croatia menerima kejutan diletakkan dalam kumpulan pasukan pilihan pertama.
Juara EURO 2008, Sepanyol dan finalisnya, Jerman turut berada dalam Pot 1 yang turut dibarisi beberapa nama terkenal, namun pemilihan Croatia agak mengejutkan di sebalik kegagalannya layak ke Piala Dunia mahupun ke saingan play-off selepas menamatkan saingan kumpulan sekadar di tangga ketiga di belakang England dan Ukraine.
Pasukan yang tewas di saingan play-off, Rusia turut termasuk dalam kumpulan elit itu manakala pasukan yang layak ke Afrika Selatan seperti Greece, Switzerland, Serbia, Denmark dan Slovakia hanya berada dalam kumpulan pilihan kedua.
Republik Ireland dan Bosnia-Herzegovina tidak bernasib baik apabila diletakkan dalam kumpulan pilihan ketiga manakala Republik Czech, Romania, Sweden dan Turki diletakkan dalam kumpulan kedua walaupun gagal ke saingan play-off.
Sebagai tuan rumah bersama bagi kejohanan EURO 2012 ini, Ukraine dan Poland tidak perlu bersaing dalam pusingan kelayakan.
Kriteria yang digunakan oleh UEFA untuk membuat pengasingan ini adalah prestasi semasa pusingan akhir Piala Dunia 2006, saingan kelayakan dan pusingan akhir EURO 2008 dan saingan kelayakan Piala Dunia 2010.
Berikut adalah pembahagian kumpulan pilihan bagi saingan kelayakan EURO 2012.
Pot One: Spain, Germany, Holland, Italy, England, Croatia, Portugal, France, Russia.
Pot Two: Greece, Czech Republic, Sweden, Switzerland, Serbia, Turkey, Denmark, Slovakia, Romania.
Pot Three: Israel, Bulgaria, Finland, Norway, Republic of Ireland, Scotland, Northern Ireland, Austria, Bosnia-Herzegovina.
Pot Four: Slovenia, Latvia, Hungary, Lithuania, Belarus, Belgium, Wales, FYR Macedonia, Cyprus.
Pot Five: Montenegro, Albania, Estonia, Georgia, Moldova, Iceland, Armenia, Kazakhstan, Liechtenstein.
Pot Six: Azerbaijan, Luxembourg, Malta, Faroe Islands, Andorra, San Marino.
No comments:
Post a Comment