Chelsea mudah membelasah Bolton 4-0 di Stadium Reebok malam tadi untuk kemenangan ketujuh mereka dalam liga musim ini dan mengekalkan kedudukan mereka selaku raja liga minggu ini.
Kalah dalam dua perlawanan terakhir mereka di tempat lawan, tiada peluang buat pasukan tuan rumah untuk memberikan kekalahan ketiga kepada ‘The Blues’ tambahan pula mereka terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas Jlloyd Samuel dibuang padang.
Chelsea kini telah menjaringkan lapan gol dalam tempoh empat hari ketika menentang skuad Gary Megson dan mereka begitu berkuasa terutama ketika barisan pemain lawan cuma memiliki sepuluh pemain.
Sepakan penalti Frank Lampard pada penghujung babak pertama memulakan langkah kemenangan buat Chelsea, selepas Samuel dipersalahkan kerana menjatuhkan Didier Drogba.
Bolton cuba bangkit melawan namun tetap gagal menembusi benteng Chelsea. Deco menambah gol kedua manakala gol sendiri Zat Knight menjadikan kedudukan 3-0 sebelum Drogba mengukuhkan kedudukan dengan gol keempat pada masa kecederaan.
KEPUTUSAN PERLAWANAN LAIN:
Arsenal 3 (Van Persie 42, 60, Fabregas 43) Tottenham Hotspurs 0
Burnley 2 (Alexander 20-pen, 77) Hull 0
Everton 1 (Bilyaletdinov 45) Aston Villa 1 (Carew 47)
Fulham 3 (Zamora 24, Nevland 73, Dempsey 87) Liverpool 1 (Torres 42)
Manchester Utd 2 (Berbatov 55, Rooney 87) Blackburn 0
Portsmouth 4 (Dindane 35, 64, 90-pen, Piquionne 45) Wigan 0
Stoke 2 (Elokobi 17-gol sendiri, Etherington 44) Wolverhampton 2 (Craddock 47, 64)
Sunderland 2 (Reid 39, Richardson 76) West Ham 2 (Franco 30, Cole 36)
No comments:
Post a Comment