Wednesday, November 11, 2009

Arsenal mangsa terbaru Chelsea?


TERRY meledak gol kemenangan Chelsea ketika menentang United, Ahad lalu. Chelsea menang 1-0.

Liverpool dan Manchester United telah dimusnahkan. Kini Chelsea berhasrat untuk membenam Arsenal, sekali gus melebarkan penguasaan selaku pendahulu Liga Perdana England.
Kapten Chelsea, John Terry berkata, kini hanya tiga pasukan berada dalam perebutan gelaran liga musim ini dan ia akan bertukar menjadi satu sahaja menjelang Krismas nanti.
"Kami kehilangan gelaran liga musim lalu kerana gagal mencatat keme- nangan ketika bertemu pencabar utama dan kami juga banyak kali seri di tempat sendiri.
"Jadi saya cukup gembira kerana kami menang dengan Liverpool dan United musim ini dan menang kesemua perlawanan di Stamford Bridge.
"Memiliki kelebihan lima mata sebelum Disember adalah satu kedudu- kan yang selesa tetapi kami bukan sahaja mahu mengekalkannya, malah mahu menambah jurang mata.
"Secara jujurnya, saya rasa perebu- tan gelaran musim ini hanya antara tiga pasukan iaitu Chelsea, Arsenal dan United," kata Terry.
Maka tiada kesangsian lagi bahawa Terry kini sudah mula memberi fokus untuk kunjungan ke Emirates pada 29 November ini bagi memusnahkan satu lagi pesaing utama mereka iaitu Arsenal.
"Selepas selesai tugasan antarabangsa bersama England, kami akan kembali untuk bertemu Wolves di tempat sendiri diikuti pertemuan dengan Arsenal. Jadi ia bukan sesuatu yang mudah," jelas Terry.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails