Friday, November 27, 2009

Ronaldo beri amaran




RONALDO
diturunkan
selama 20 minit ketika Real
menentang
FC Zurich pada aksi Liga
Juara-Juara
di Santiago
Bernebeu awal pagi semalam.




Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo melontarkan amaran awal kepada Barcelona menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Sepanyol Ahad ini. Awal pagi semalam, Ronaldo membantu Real mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas FC Zurich dalam aksi Liga Juara-Juara.
Pemain termahal dunia itu beraksi buat kali pertama selama 20 minit selepas berehat sejak 30 September lalu ekoran kecederaan buku lali.
"Sangat bagus untuk kembali beraksi semula selepas mengalami kecederaan selama 55 hari," kata Ronaldo.
"Kecederaan yang dialami amat mengecewakan tetapi inilah bola sepak. Namun, motivasi saya masih lagi tinggi dan saya mahu mengembalikan semula prestasi terbaik saya seperti sebelum ini.
"Kami kini mendahului liga dan sekiranya kami menang, kami akan mengatasi mereka (Barcelona) dengan empat mata. Ia akan menjadi pertemuan yang menarik."
Pada aksi di Santiago Bernabeu semalam, jaringan pada minit ke-21 daripada pemain Argentina, Gonzalo Higuain berjaya menjamin kemenangan Real yang kini mendahului AC Milan dengan keebihan dua mata dalam saingan Kumpulan C.
Real kini hanya memerlukan satu mata sahaja lagi pada aksi terakhir dengan Marseille bulan depan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
"Kemenangan ini mencerahkan lagi peluang kami untuk layak ke pusingan seterusnya dan ia turut memberi keyakinan kepada kami bagi pertemuan dengan Barcelona hujung minggu ini," kata Higuain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails