Monday, November 23, 2009

Cantona kecam Domenech, Henry

http://fourthandfifty.files.wordpress.com/2009/05/cantona_350x475_376671a.jpg

Bekas pemain kebangsaan Perancis, Eric Cantona melancarkan serangan menyengat ke atas jurulatih kebangsaan negaranya, Raymond Domenech kelmarin selepas kejayaan Perancis melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 dengan penuh kontroversi.

“Saya fikir Domenech ialah jurulatih terburuk pernah membimbing Perancis sejak Louis XVI,” kata Cantona yang menggambarkan jurulatih itu seperti Raja Perancis yang dikenakan hukuman bunuh dalam revolusi 1762.

“Jika perkara ini diserahkan kepada saya, saya akan menjadikan jurulatih Bordeaux, Laurent Blanc mengetuai pasukan Perancis,” kata bekas bintang Manchester United itu lagi.
“Beliau menyambung musim ini bersama Bordeaux, menjuarai liga bersamanya dan menjulang Piala Dunia! Bukan saya seorang berfikir sebegitu,” kata Cantona yang kini memegang jawatan jurulatih pasukan bola sepak pantai Perancis dan turut mengkritik sifat yang ditunjukkan Thierry Henry yang ‘menggunakan tangan’ untuk mencari laluan ke Piala Dunia 2010.

“Secara jujur, apa yang paling mengejutkan bukan kes terkena tangan itu. Yang mengejutkan adalah selepas perlawanan tamat, di depan kamera televisyen, pemain ini (Henry) berjalan dan duduk di sebelah pemain Ireland dan menenangkan pemain itu, sekalipun tiga minit sebelum itu, dia memalukan mereka.

“Jika saya berbangsa Ireland, dia tidak akan dapat bertahan walaupun hanya tiga saat.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails