Penyerang England, Wayne Rooney mahu menjaringkan gol ketika menentang Brazil pada aksi persahaba- tan di Doha, Qatar awal pagi esok.
Ia sebagai hadiah sempena kelahiran anak sulungnya yang dinamakan Kai Wayne pada 2 November lalu.
Namun, Rooney tidak berhasrat untuk meraikan jaringan tersebut sama seperti pemain-pemain lain yang melakukan gaya membuai bayi.
"Saya rasa saya agak keras untuk menggayakannya," kata Rooney ringkas sambil memberitahu, dia belum pernah menukar lampin anaknya itu.
England mahu menjadikan pertemuan dengan Brazil itu sebagai kayu pengukur kemampuan mereka bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Steven Gerrard dan Frank Lampard pasti tidak akan diturunkan tetapi Rooney begitu bersemangat untuk turun buat kali pertama menentang juara dunia lima kali itu.
"Saya rasa cukup baik. Saya bakal ber- main menentang salah satu pasukan terbaik dunia. Menyarung jersi England bertemu Brazil dan bergelar bapa, tiada apa lebih baik daripada itu.
"Menentang Brazil sesuatu yang saya sering mahukan. Sebagai peminat, saya membesar dengan menonton aksi pemain seperti Romario dan Ronaldo," kata Rooney.
Gerrard dan Lampard telah berlepas pulang ke England kelmarin selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan.
Turut tidak turun beraksi awal pagi esok ialah David James, Glen Johnson, Rio Ferdinand, Ashley Cole, Theo Walcott, Aaron Lennon, David Beckham dan Emile Heskey.
No comments:
Post a Comment