Sir Alex Ferguson percaya Manchester United mampu menerajui persaingan gelaran bola sepak Liga Perdana England jika mereka mencecah Tahun Baru dengan terus merapati pendahulunya, Chelsea.
Gol daripada Darren Fletcher, Michael Carrick dan Antonio Valencia melengkapkan satu kemenangan 3-0 buat pasukan Ferguson ke atas Everton yang mengekalkan mereka lima mata daripada pasukan Carlo Ancelotti.
Pengurus United itu meluahkan rasa puas dengan prestasi pasukannya selepas mengecam pemainnya kerana gagal memanfaatkan kebanyakan peluang mereka di depan gol dalam perlawanan terbaru.
Dia bertegas bahawa jika mereka mampu mengurangkan jarak dengan Chelsea bagi lima minggu berikutnya, mereka mampu menguatkan cabaran gelaran ketika babak kedua kempen.
"Itulah makna permainan buat kami. Saya sentiasa katakan dan saya memegangnya, jika kami ke Tahun Baru dan kami dalam satu mata atau satu mata di depan atau setara, maka kami berpeluang besar dalam babak kedua musim," katanya.
Tambahnya: "Saya akan mengambilnya sebelum permainan. Saya fikir prestasi terkawal. Kami menunjukkan kesabaran yang baik dalam babak pertama yang anda perlu untuk mengatasi pasukan seperti Everton.
"Apabila anda mendapat 2-0, kami tidak mengasak ke depan untuk menewaskan mereka. Kami telah melakukannya dan saya gembira."
United menuju kejayaan dengan satu jaringan cemerlang daripada Fletcher yang membuat voli melepasi Tim Howard dari hujung kotak penalti Everton.
Kata Ferguson: "Kami mendapat gol pada masa yang tepat dan satu gol hebat oleh Darren Fletcher, satu gol yang anda tidak harapkannya untuk dijaringkan. Ia satu penyudahan yang bermutu dan dia meningkat sepanjang masa."
Jaringan Valencia ialah yang keempat baginya di kelab itu sejak perpindahan musim panas dari Wigan dan pengurus United itu percaya pemain antarabangsa Ecuador itu pantas meningkat dengan ancaman golnya.
"Dia seorang pemain yang meningkat. Anda lihat tahap prestasi setiap tahun bagi beberapa tahun telah meningkat dan meningkat dan dia seorang yang luar biasa. Ia satu gol yang kami tidak harapkannya, tetapi kami akan mengambilnya.
"Setiap orang bercakap tentang kekurangan gol dari tengah tetapi mujurlah kami mendapat dua pemain tengah yang menjaringkan gol hari ini," katanya.
David Moyes mengakui pasukannya, ada di antaranya yang didakwa kurang baik, tewas dengan wajar walaupun dia berasa Everton menderita akibat beberapa keputusan pengadilan.
"Pada separuh masa, saya bercakap dengan pegawai keempat, saya menyebut kepadanya banyak keputusan yang salah dikenakan," kata Moyes.
"Saya berasa jika saya katakan perkara yang salah, mungkin saya akan mendapat segelintir keputusan yang mendatangi saya. Saya beritahunya begitu.
"Manchester United menguasai permainan, saya tidak merungut. Kami mungkin bermain baik ketika 1-0, bahkan pada 2-0, kami berpeluang. Kami tidak melakukan secukupnya.
"Saya berasa kami tidak memanfaatkan peluang dalam babak pertama dengan formasi, namun dalam cara yang sama, kami tidak mampu mengekang mereka. Ia tidak berjalan seperti dirancang," katanya.
No comments:
Post a Comment