Thursday, November 26, 2009

Barcelona rampas kedudukan teratas


PEMAIN-pemain Barcelona meraikan gol kedua pasukan itu ketika menentang Inter Milan di Stadium Nou Camp, kelmarin.

Barcelona merampas penguasaan kumpulan bola sepak Liga Juara-Juara, semalam selepas dua gol babak pertama oleh Gerard Pique dan Pedro Rodriguez menjamin kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan. Pique membuat voli daripada sepakan sudut menjangkau penjaga gol Julio Cesar selepas 10 minit dan Pedro merembat pula pada minit ke-26 untuk juara Eropah itu menang mudah biarpun penyerang utama Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic diletakkan di bangku simpanan.
Juara bertahan yang terancam disingkirkan daripada saingan jika kalah kepada Inter dan satu kemenangan buat Rubin Kazan ke atas Dynamo Kiev bakal mengakibatkan kelab Catalan itu terlepas dua tempat teratas Kumpulan F.
Namun, kelab Rusia itu seri 0-0 dengan Dynamo dan Barcelona kini mengetuai kumpulan dengan lapan mata dan baki satu perlawanan.
Inter dan Rubin masing-masing memiliki enam mata dan Dynamo Kiev mempunyai lima, bererti setiap pasukan masih mampu mara.
Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berkata, mengetahui keputusan dari Rusia terlebih dulu memudahkan tugasnya.
"Satu kemenangan seperti ini membantu kami... untuk muncul yang teratas. Kami bermain satu perlawanan yang baik, yang hebat buat kami,'' katanya.
Samuel Eto'o memberikan sedikit kesan di padang sekembalinya kali pertama sejak dihantar ke Inter sebagai sebahagian pertukaran musim panas buat Ibrahimovic.
Penyerang Cameroon itu menerima sambutan yang besar daripada penonton Camp Nou tetapi hanya membuat sedikit sentuhan dan cuma mengancam ketika menyepak liar satu peluang pada minit ke-69.
Barcelona sementara itu, mara biarpun meninggalkan Ibrahimovic dan Messi yang cedera di bangku simpanan menjelang pertembungan tetangga Liga Sepanyol menentang Real Madrid hujung minggu ini.
"Hanya Barca yang bermain dan mereka bermain baik. Inter hanya tidak mempunyai penyamaan untuk menyaingi," kata jurulatih Inter, Jose Mourinho menerusi seorang penterjemah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails