Saturday, November 21, 2009

Liverpool mampu benam Man. City


GERRARD akan kembali mengetuai jentera tengah Liverpool malam ini.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez optimis skuad kendaliannya mampu bangkit bagi mengharungi baki saingan Liga Perdana England musim ini. Hari ini, skuad The Reds itu akan melayan kunjungan Manchester City di Anfield.
Pastinya, Benitez mengharapkan anak-anak buahnya mencipta kemenangan di gelanggang sendiri bagi mengelakkan satu lagi tragedi.
Setakat ini, Liverpool telah mengalami lima kekalahan selepas mengharungi 12 perlawanan liga, sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea.



"Kami menghadapi sedikit masalah dan membuat beberapa kesilapan tetapi semua itu tidak pernah melunturkan semangat kami.
"Mungkin kami boleh bermula daripada sekarang. Menang menentang City akan memberi semangat kepada setiap pemain.
"Saya yakin seratus peratus segala-galanya akan berbeza jika kami mampu menewaskan City," kata Benitez.
Salah satu faktor kemerosotan prestasi Liverpool ialah disebabkan ketiadaan kapten Steven Gerrard yang hanya beraksi 70 minit bersama The Reds sejak dia mengalami kecederaan pangkal paha pada 10 Oktober lalu.
Gerrard hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City pada 9 November lalu.
"Selepas perlawanan dengan Birmingham, saya terpaksa berehat dua atau tiga hari untuk kembali pulih tetapi sebelum itu, saya terpaksa berehat agak lama.
"Tetapi kini semuanya sudah pulih seperti sediakala dan saya sudah bersedia mengharungi perlawanan minggu ini," kata Gerrard.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails