Tuesday, August 4, 2009

Villa kecewakan kelab gergasi Itali



KAPTEN Villa, Nigel Reo Coker (kanan) menjulang trofi Piala Keamanan yang dimenangi mereka kelmarin.


Aston Villa berjaya menyekat kemaraan kelab gergasi Itali, Juventus untuk menjulang Piala Keamanan kelmarin.

Begitupun, kemenangan Villa ditentukan selepas sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebaik perlawanan masa tambahan.

Juventus yang menewaskan Real Madrid 2-1 pada separuh akhir Jumaat lalu, dilihat garang sepanjang perlawanan tersebut, malah asakan mereka telah memaksa skuad bimbingan Martin O'Neill itu bekerja keras untuk menyelamatkan gawang mereka daripada dibolosi.

Peluang yang dicipta kedua-dua pasukan seimbang tetapi gagal disempurnakan dengan baik.

Kesudahannya (pada penentuan sepakan penalti), Carlos Cuellar memastikan kemenangan Villa apabila sepakannya tepat ke sasaran, sementara percubaan terakhir daripada pemain Juventus, Nicola Legrottag- lie tersasar.

Villa menang 4-3 dan ia dianggap sebagai permulaan bergaya menjelang saingan Liga Perdana England bagi musim 2009/10 yang dijadualkan bermula dalam masa dua minggu lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails