Sunday, August 2, 2009

Wenger masih berteka teki kepulangan Vieira


Patrick Vieira

Arsene Wenger merasakan musim depan adalah masa yang tepat untuk skuad mudanya menonjol dan seakan berteka teki mengenai desas-desus mengenai bekas pertahanan veterannya, Patrick Vieira akan kembali semula ke Emirates.

Bagaimanapun Wenger menegaskan anak buahnya yang diketuai Cesc Fabregas mampu mengharungi cabaran liga pada musim akan datang.

"Pasukan ini meningkat dengan banyak berbanding musim lalu. Mereka bermain 21 perlawanan tanpa kalah sejak November hingga penghujung musim.

ARSENE WENGER
Wenger sentiasa positif dengan kemampuan pasukan mudanya dalam mengharungi cabaran liga musim depan, selain tidak menolak kemungkinan kepulangan Vieira kepada bekas kelabnya itu

"Kami layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA. Kami kini memiliki skuad yang sungguh bermatlamat," katanya.

Menurut Wenger, barisan mudanya kini sudah mempunyai kualiti asas pada peringkat antarabangsa dengan purata usia di bawah 23 tahun di mana musim depan pastinya masa terbaik untuk mereka menonjol.

"Kami sudah mencipta gaya dan budaya bola sepak yang dapat diterima semua. Saya rasa yakin dan sangat kuat. Tumpuan kami bukanlah siapa yang akan membantu pasukan ini dari luar, tetapi siapa yang mampu membantu kami dari dalam," katanya.

Sementara itu, spekulasi mengenai Vieira, 33, akan pulang ke Emirates sejak menyertai kelab London utara ini pada 2005 selepas meninggalkan Juventus mula menghiasai media-media tempatan Britain.

"Ia adalah keputusan bola sepak dan terdapat kesan psikologi terhadap pemain yang datang ke sini. Tetapi kini kami perlu melihat pada tahap pengalaman dalam skuad untuk membuat sebarang keputusan (mendapatkan Vieira).

"Kami tiada masalah untuk membuat keputusan, tetapi ia satu kemungkinan. Kami tidak menolaknya dan tidak pula mengatakan akan melakukannya," kata Wenger.

Wenger menyifatkan hasrat Vieira untuk kembali kepada Arsenal sebagai perkara biasa yang sentiasa dirasai oleh seseorang bintang dalam sesebuah kelab yang pernah menaikkan namanya.

"Jika mengambil kira sudut emosi, anda akan lebih cenderung sukakan kelab yang anda habiskan sebahagian besar karier anda bersamanya. Tetapi sebagai seorang profesional, anda mesti beri 100 peratus komitmen kepada kelab yang anda sertai," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails