Pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher semalam mengakui dia bimbang dengan ancaman serangan yang bakal dilakukan oleh bekas rakan sepasukannya, Michael Owen apabila pemain tersebut bersama Manchester United.
Carragher yakin tindakan bos United, Sir Alex Ferguson menandatangani perjanjian dengan penyerang berusia 29 tahun itu kerana mempunyai rancangan tersendiri kerana Owen sebelum ini sering dibelenggu dengan masalah kecederaan ketika bersama Newcastle.
"Tindakan menandatangani perjanjian dengan Michael Owen satu cabang perniagaan yang bijak oleh United. Dia (Owen) telah memulakan aksi awal musim yang sangat baik.
"Sebelum ini saya berharap dia akan berpindah ke sebuah kelab besar kerana dia menerima kritikan yang banyak di Newcastle.
"Kenapa? Apakah yang membuatkannya melakukan kesilapan di sana? Bagi saya, Michael Owen masih seorang penyerang yang hebat dan pemain contoh sempurna," kata Carragher kepada Sunday Mirror.
No comments:
Post a Comment