Mark Hughes telah membelanjakan lebih banyak wang berbanding musuhnya dalam Liga Perdana England (EPL) ketika musim baru belum bermula tetapi pengurus Machester City itu sedar dia perlu memberikan kejayaan segera untuk mengekalkan jawatannya.
Selepas menamat saingan liga di tempat ke-10 musim lalu, perbelanjaan pemain baru yang dihasilkan oleh jutawan Abu Dhabi itu pastinya mahukan keputusan yang lebih baik daripada berada di pertengahan liga musim lalu dan jika ini masih terjadi, pastinya akan menyaksikan Hughes dipecat.
Carlos Tevez, Emmanuel Adebayor, Kolo Toure, Roque Santa Cruz dan Gareth Barry tiba dengan jumlah bayaran keseluruhan kurang dari 100 juta pound (RM587 juta).
Jika hendak dibandingkan dengan 17 juta pound (RM100 juta) yang dilaburkan Liverpool atau 10 juta pound (RM59 juta) yang telah dibayar Arsenal, pada masa depan, City bakal mendominasi perpindahan di England.
Malah penyandang juara, Manchester United telah dibayangi pasukan jiran mereka itu di mana pembiayaan mereka sebanyak 20 juta pound (RM 117 juta) tidak boleh dijadikan bandingan.
Bagaimanapun perbelanjaan besar itu memberi tekanan dan Hughes sedar pembelian barunya tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri.
Berada di kelompok enam teratas dan melayakkan diri ke saingan Eropah, perlu menjadi sasaran minimum sebuah pasukan yang terkaya di dunia. Namun semua itu tidak akan memuaskan hati semua pihak di City.
Ia hanya beberapa bulan lalu selepas Hughes dikritik sebahagian penyokong apabila dia tidak berani menggugurkan perancang Brazil, Robinho dalam kesebelasan utama.
Tevez juga akan memberi pengaruh besar kepada apa yang berlaku dalam sembilan bulan akan datang.
Walaupun sambutan besar-besaran kepada pemindahan kontroversi pemain antarabangsa Argentina itu, tetapi persoalan tetap timbul.
Dia menjaringkan beberapa gol penting untuk West Ham tetapi tidak terlalu banyak dan United memilih untuk tidak mengekalkannya.
Tevez tiba dengan nilai perpindahan 25 juta pound (RM147 juta), manakala Adebayor pula dibayar dengan nilai yang sama dari Arsenal dan membelanjakan 17 juta pound (RM100 juta) untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Paraguay, Santa Cruz.
Trio tersebut perlu memastikan mereka tidak ketandusan jaringan tetapi Hughes juga telah cuba memperkukuhkan bahagian pertahanan yang menimbulkan masalah musim lepas.
City telah menjaringkan gol lebih dari Everton, Aston Villa dan Fulham pada 2008-09.
Malah City juga bakal merasai aksi di peringkat Eropah musim ini dalam perlawanan persahabatan menentang Barcelona di Nou Camp 19 Ogos ini manakala Everton, Villa dan Fulham akan merasai saingan sebenar Eropah selepas berada di atas pasukan Hughes di dalam liga.
Ia disebabkan kelemahan pertahanan City yang melepaskan 50 jaringan dalam 38 perlawanan.
Hughes berharap pembelian 15 juta pound (RM 88 juta), Kolo Toure dari Arsenal akan memberikan inspirasi di bahagian pertahanan sementara pemain England, Barry yang dibeli dengan nilai 12 juta pound (RM70.4 juta) dari Aston Villa mampu untuk memperkukuhkan bahagian tengah.
Jika tidak silap, City tidak akan berhenti berbelanja dan lebih ramai pemain akan hadir menjelang pasaran perpindahan tutup penghujung Ogos ini.
Hughes telah dikritik oleh Everton apabila secara terbuka berkata mahu mendapatkan pemain pertahanan England, Joleon Lescott.
Everton telah pun menolak dua tawaran City yang bernilai 15 juta pound (RM88 juta) dan 18 juta pound (RM106 juta) untuk mendapatkan Lescott tetapi ia tidak menjadi halangan buat Hughes.
Walaupun memiliki pemain yang berkaliber seperti Robinho, Stephen Ireland, Shaun Wright-Phillips dan Shay Given, City gagal untuk memenangi lebih daripada tiga perlawanan berturut-turut musim lepas.
Mereka telah mengumpul banyak mata di tempat sendiri sama seperti Chelsea, yang menamatkan saingan di tempat ketiga tetapi hanya mencatatkan dua kemenangan di tempat lawan.
No comments:
Post a Comment