Tuesday, August 4, 2009

Rossi enggan sertai Arsenal




Bintang kelab AS Roma, Daniele De Rossi menegaskan bahawa dia tidak sesekali akan menyertai kelab England, Arsenal pada musim perpindahan ini.

Sebelum ini, Rossi yang beraksi cemerlang bersama Itali pada kempen Piala Konfederasi bulan lalu berjaya menarik minat Arsenal dan Real Madrid.

Begitupun, Rossi awal- awal lagi menyatakan pendiriannya untuk tidak menyertai Arsenal.

"Arsenal? Saya tidak pernah mendengar mengenainya," jelas Rossi merujuk kepada minat yang disuarakan kelab The Gunners itu.

"Roma sudah menjelaskan yang saya tidak akan dijual, jadi saya hanya mahu kekal di sini.

"Ia mungkin akan berubah apabila mereka (Roma) mahu menjual saya tetapi apa yang saya tahu, kelab ini begitu memerlu- kan khidmat saya."

Sementara itu, rakan gandingan Rossi, Alberto Aquilani turut dikaitkan dengan penghijrahan ke Liverpool untuk menggantikan tempat Xabi Alonso.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang Alberto dan saya juga tidak pasti sama ada mereka telah berbincang mengenai perkara ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails