|
|
Selepas melengkapkan perpindahan tertinggi di dunia dengan nilai £80 juta (RM465 juta) ke Real Madrid Jun lalu, Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan pemerhati bola sepak dunia.
Ini kerana kedua-dua belah kakinya telah diinsuranskan oleh Real dengan nilai £90 juta (RM532 juta).
Kelab gergasi Sepanyol itu mahu melindungi wang yang dilaburkan mereka seandainya Ronaldo mengalami kecederaan jangka panjang.
Pengurusan Real ternyata bimbang selepas melihat Ronaldo, 24, mengalami kecederaan di bahagian lutut baru-baru ini.
Bagaimanapun, doktor pasukan Real mengesahkan bahawa ia hanya kecederaan kecil.
Biarpun baru beraksi tiga perlawanan pra musim bersama Real, Ronaldo telah dikasari sebanyak 34 kali.
Kelajuan lariannya menjadikan Ronaldo sasaran utama bentesan oleh pemain lawan.
Presiden Real, Florentino Perez berkeyakinan bahawa kehadiran Ronaldo yang terkenal dengan sikapnya yang gemar 'berlakon' menjatuhkan diri bakal membantu pasukannya menjuarai Liga Juara-Juara.
"Kami akan tunjukkan kepada dunia kehebatan kami," kata Perez.
Sementara itu, rumah lama Ronaldo di Alderley Edge, Cheshire telah dibeli oleh penyerang baru Manchester City, Emmanuel Adebayor dengan harga £5.5 juta (RM32.6 juta).
Adebayor telah menewaskan beberapa pembida lain seperti Kolo Toure, Gareth Barry, Carlos Tevez serta Antonio Valencia bagi menjadi pemilik baru rumah mewah dengan tujuh bilik tidur berserta kolam, jakuzi, gimnasium dan bilik menonton itu.
No comments:
Post a Comment