Pemain pertahanan, Kolo Toure menegaskan bahawa dia telah membuat keputusan tepat dengan meninggalkan Arsenal dan menyertai Manchester City selepas bekas kelabnya itu kehilangan ramai pemain bintang.
Pemain Ivory Coast itu percaya kegagalan membawa bintang baru sebagai ganti membuatkan kelab itu kurang menarik perhatian berbanding skuad City yang dibimbing Mark Hughes.
"Apabila kami melihat Arsenal, kamu boleh perhatikan semua pemain bintang mereka meninggalkan kelab itu dan mereka juga tidak seperti dulu lagi," kata Toure.
"Tengok apa yang berlaku di sana. Thierry Henry sudah pergi, Patrick Vieira juga pergi dan Ray Parlour juga pernah meninggalkan mereka.
"Ini adalah pemain yang telah memberi kejayaan kepada Arsenal dan saya percaya masanya telah tiba untuk melakukan perubahan dalam karier saya.
"Kami kehilangan terlalu ramai pemain hebat di Arsenal. Ketika kami menang gelaran liga, semangatnya sangat hebat, kami seperti sebuah keluarga."
Toure yang merupakan pemain terbaru dalam projek City, mengalami kecederaan ketika membuat penampilan sulung pada aksi persahabatan pra musim pasukannya kelmarin.
Jaringan Martin Petrov pada minit ke-88 berjaya menyelamatkan maruah City yang ketinggalan menerusi jaringan Daniel Bogdanovic pda minit ke-83.
No comments:
Post a Comment