Saturday, August 8, 2009

United berdepan kecederaan pemain awal musim


Nemanja Vidic

Manchester United menerima satu lagi tamparan mengenai masalah pertahanannya menjelang perlawanan Perisai Komuniti menentang Chelsea esok apabila Nemanja Vidic terpaksa diketepikan akibat kecederaan betis.

Pemain Serbia berusia 27 tahun itu, tidak dapat beraksi selama dua minggu, bersama pemain lain seperti Gary Neville, Wes Brown dan penjaga gol, Edwin Van der Sar.

"Semua pemain lain cergas kecuali Wes, Vidic dan Neville," kata pengurus, Alex Ferguson dalam laman web (www.manutd.com).

Brown dan Neville tidak dapat beraksi selepas mengalami kecederaan paha dan pangkal paha sementara Van der Sar berehat selama lapan minggu kerana patah jari.

"Vidic mengalami kecederaan di bahagian betis dan terpaksa berehat selama seminggu atau dua minggu, manakala kecederaan Edwin agak teruk.

"Dia tidak dapat bermain selama lapan hingga 10 minggu. Masalah yang bakal dihadapi saya ialah penjaga gol menjelang perlawanan Ahad ini (esok). Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Ferguson.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails