Friday, August 7, 2009

Aquilani penawar duka Benitez



Rafael Benitez akhirnya berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Xabi Alonso dengan pembelian Alberto Aquilani dengan harga £20 juta (RM118.5 juta).

Pengurus Liverpool itu melengkapkan pembelian perancang AS Roma tersebut sebaik sahaja Alonso melepasi ujian perubatan yang menjamin perpindahannya ke Real Madrid kelmarin.

Benitez mengenal pasti Aquilani, 25, sebagai pengganti ideal Alonso sebaik saja Real menyatakan minat ke atas perancang Sepanyol itu.

"Alberto memiliki mentaliti sebagai juara dan juga pengala- man hebat dalam saingan Serie A dan Liga Juara-Juara," kata Benitez.

"Dia telah lama dikenali sebagai pemain berkelas dunia di Itali, menjadi kapten bagi skuad Bawah 19 dan 21 negara- nya sebelum mula menempatkan diri dalam skuad senior Itali.

"Alberto akan tiba untuk menjalani ujian perubatan minggu ini dan saya gembira kami telah mencapai persetujuan dengan Roma ke atasnya."

Aquilani yang pernah menjadi buruan Arsenal dan Chelsea sebelum menyertai Roma sebagai pemain remaja, baru saja menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Rom itu Mei lepas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails