Nada kecewa dan marah disuarakan pengurus Liverpool, Rafael Benitez selepas anak-anak buahnya dimalukan kelab Sepanyol, Espanyol 0-3 pada aksi persahabatan kelmarin.
Menurut Benitez, meskipun perlawanan itu hanya aksi pemanas badan, namun ia tetap penting bagi menguji tahap keupayaan pemain-pemain The Reds musim ini.
Apa pun, kekalahan kelmarin merupakan kekalahan kedua Liverpool pada aksi pramusim kali ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan di hati pengendali dari Sepanyol itu.
"Perlawanan ini sangat penting biarpun ia hanya aksi persahabatan," tegas Benitez kepada Liverpoolfc.tv.
"Mungkin bagi pemain ia tidak penting tetapi mereka perlu bermain bersungguh-sungguh dan perlu bekerja keras setiap hari.
"Saya akui, kami memiliki kekurangan pada 25 minit pertama dan sering membiarkan pemain lawan menguasai permainan."
Pada aksi di Stadium Cornella-El Prat kelmarin, bekas pemain Liverpool, Luis Garcia meledak satu gol, sementara dua lagi gol hadir menerusi Ben Sahar.
Liverpool bagaimanapun mempunyai peluang mencipta gol, termasuk dua me- nerusi kaptennya, Steven Gerrard.
"Saya rasa masalah pada pasukan ini bukannya terletak kepada seorang dua pemain sahaja.
"Tetapi masalah utama kami adalah tiadanya kesatuan untuk lebih bekerja keras," ujar Benitez.
No comments:
Post a Comment