Michel Salgado yang telah 10 tahun menjadi benteng pertahanan, Real Madrid akan meninggalkan kelab itu walaupun memiliki kontrak setahun lagi, menurut laporan berita, kelmarin.
Bekas pemain antarabangsa Sepanyol berusia 33 tahun itu tidak dapat berlatih dengan skuad Real, kelmarin kerana masih menunggu pengumuman penghijrahannya dari kelab gergasi Sepanyol itu, kata akhbar sukan, Marca.
Bulan lepas Real menandatangani perjanjian dengan pemain pertahanan Liverpool, Alvaro Arbeloa dengan perpindahan bernilai 3.5 juta pound (RM17.6 juta) untuk mengambil alih posisi Salgado.
Marca memberitahu, perlawanan akhir Salgado bersama Real ialah perlawanan persahabatan menentang AC Milan pada 25 Ogos ini.
Televisyen Sepanyol, TVE memberitahu bahawa Real telah bersetuju untuk membayar Salgado sebanyak 4 juta euro (RM20.1 juta) untuk menamatkan kontrak setahun lebih awal.
Real Zaragoza dan pasukan Qatar, Al-Rayyan dilaporkan membuat lamaran kepada agen, Salgado, Gines Carvajal mengenai pemain itu.
No comments:
Post a Comment