Wednesday, August 5, 2009

Liverpool setuju jual Alonso kepada Madrid


Xabi Alonso

Liverpool telah bersetuju menjual pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso kepada Real Madrid.

Pemain berusia 27 tahun itu yang menyertai Liverpool dari Real Sociedad pada Ogos 2004, akan berpindah tanpa menyatakan nilai perpindahan serta melakukan ujian perubatan.

“Kelab bola sepak Liverpool petang ini (malam tadi) telah mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan untuk menjual Xabi Alonso kepada Real Madrid.

“Syarat-syarat perpindahan itu dirahsiakan dan tidak diketahui,” kata kenyataan dalam laman web rasmi kelab tersebut (www.liverpoolfc.tv).

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails