Rafael van der Vaart dijangka akan meninggalkan Real Madrid selepas memahami yang dirinya tidak berada dalam perancangan jurulatih baru kelab itu, Manuel Pellegrini untuk menghadapi musim baru nanti.
Pemain antarabangsa Belanda itu hanya menyertai Real dari Hamburg musim lalu tetapi merasakan dirinya semakin diketepikan berikutan pembelian pemain-pemain berprofil tinggi oleh kelab gergasi Sepanyol itu pada musim panas ini.
Chelsea telah sekian lama dikaitkan dengan pemain tengah itu manakala bekas kelabnya, Ajax dan Hamburg juga dilaporkan berminat mendapatkannya.
Van der Vaart mengesahkan yang Pellegrini ada memberitahunya yang dia tidak akan mendapat banyak peluang bermain pada musim depan dan mendakwa yang Real hanya mahukan agar kos yang dikeluarkan kelab itu untuk mendapatkannya sebanyak 16 juta pound musim lalu akan diperolehi oleh kelab itu semula.
Pemain berusia 26 tahun itu sudah bersedia untuk kembali ke Hamburg dan mengakui yang keutamaannya kini adalah bermain dengan kelab di mana dia mendapat peluang menganggotai kesebelasan utamanya.
No comments:
Post a Comment