Monday, May 11, 2009

Safina jadi buruan lawan


SAFINA melonjak ke kedudukan utama dalam ranking WTA pada 20 April lalu dan sejak itu mara ke dua final dan merangkul satu gelaran.


ROME: Pemain nombor satu dunia, Dinara Safina menyedari dirinya kini menjadi buruan, tetapi pemain Russia berusia 23 tahun itu sedang menikmati kedudukan tingginya dalam tenis wanita.

Safina, adik kepada bekas pemain nombor satu lelaki, Marat Safin, melonjak ke kedudukan utama dalam ranking WTA pada 20 April lalu dan sejak itu mara ke dua final dan merangkul satu gelaran.

Selepas membenam rakan senegara, Svetlana Kuznetsova 6-3, 6-2 di atas gelanggang tanah liat di Foro Italico di sini, kelmarin, seminggu selepas dia tewas kepada pemain yang seusia dengannya (23 tahun) di final Stuttgart, Safina mengakui dirinya gembira untuk menjadi sasaran pemain lain.

Tetapi selepas bangkit daripada ketinggalan satu set tiga kali dalam laluan ke final Rome, dia berkata dia sudah merasai perbezaan menjadi pemain yang mahu ditewaskan semua.

“Apabila mereka memasuki gelanggang, mereka tidak rugi apa-apa. Ia sama seperti apa yang berlaku kepada saya tahun lalu,” katanya.

“Apabila saya bermain seseorang yang berada pada nombor satu, anda ke sana dan memukul bola. Apa-apa yang anda lakukan adalah bagus.

“Ketika saya bermain menentang Justine Henin tahun lalu, saya tidak kisah, saya memukul setiap bola dan semuanya masuk.

“Perkara sama berlaku dengan mereka. Tetapi ia adalah cabaran besar dan saya menikmati cabaran ini; untuk membuktikan saya lebih bagus daripada mereka.” - AFP

INFO: Ranking dunia WTA
1 Dinara Safina (Russia) 9,071 mata
2 Serena Williams (AS) 8,272
3 Elena Dementieva (Russia) 7,391
4 Jelena Jankovic (Serbia) 7,350
5 Venus Williams (AS) 7,102
6 Vera Zvonareva (Russia) 6,040
7 Ana Ivanovic (Serbia) 5,174
8 Svetlana Kuznetsova (Russia) 4,776
9 Victoria Azarenka (Belarus) 4,546
10 Nadia Petrova (Russia) 3,840

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails