Monday, May 11, 2009

Harapan tetap cerah'



GERRARD memperdaya penjaga gol West Ham, Robert Green untuk menjaringkan gol pertama Liverpool dalam saingan EPL di Upton Park, kelmarin. Liverpool menang 3-0.

Kami sudah lakukan tugasan, hanya masa tentukan: Rafa

LONDON: Rafael Benitez bertegas betapa Liverpool tidak akan menyerah kalah dalam perjuangan cuba merampas trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada dakapan juara bertahan, Manchester United ketika musim kian menuju penghujungnya.

Pengendali Sepanyol itu menyaksikan skuadnya menang selesa 3-0 di West Ham, kelmarin, dan dia cukup puas hati dengan persembahan yang meyakinkannya bahawa barisan bimbingan Sir Alex Ferguson bukan di luar jangkauan mereka.

Kami melakukan tugasan dengan baik. Kami perlu untuk mendapat tiga mata dan mengekalkan tekanan terhadap mereka,” kata Benitez.

“Kami perlu untuk terus melakar kemenangan. Jika kami mampu untuk meraih tiga mata dalam setiap perlawanan, jadi semuanya masih berkemungkinan.”

Steven Gerrard meledakkan jaringan selepas hanya 77 saat di Upton Park dan menggandakan kelebihan itu sejurus sebelum rehat apabila dia menguis masuk bola lantunan selepas sepakan penaltinya ditampan penjaga gol, Robert Green.
Rafael Benitez

Pemain sayap dari Belanda, Ryan Babel, melengkapkan kemenangan itu apabila menemui sasaran daripada jarak dekat pada minit ke-84 permainan.

Benitez kemudiannya bingkas mengakui peranan penting dimainkan Gerrard dan penggempur Sepanyol, Fernando Torres - yang hanya membuat kemunculan ke-12 bersama dalam liga - kepada pasukan itu.

“Kami sudah menjaringkan gol dari seluruh kawasan penalti yang memang positif, tetapi jika kami ada Gerrard dan Torres dalam kesebelasan utama, ia akan menjelmakan beza amat ketara,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails