Wednesday, September 2, 2009

Spurs ada trio Croatia


KRANJCAR bakal memperkukuh jentera tengah Spurs.

Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp berjaya mengatasi Everton dalam perebutan mendapatkan khidmat pemain Portsmouth, Niko Kranjcar pada saat-saat akhir musim perpindahan.

Perancang Croatia itu akan menyertai Tottenham musim ini dengan yuran perpindahan bernilai £2.5 juta (RM14.3 juta).

"Saya sangat gembira. Saya berjaya membawanya dari Portsmouth dan dia adalah pemain yang hebat.

"Saya telah pun mempunyai dua pemain Croatia yang bagus iaitu Luka Modric dan Vedran Corluka, jadi ia pasti membantunya menyesuaikan diri dalam pasukan ini," kata Redknapp.

Redknapp juga dijangka menguatkan skuadnya dengan memancing pemain sayap Manchester City, Martin Petrov dan penjaga gol Portsmouth, David James.

"Saya harap Martin akan menyertai Tottenham. Layanan City terhadapnya tidak begitu bagus.

"Spurs kelab yang lebih besar daripada City. Saya diberitahu bahawa Martin akan diberi peluang bermain dalam skuad utama Tottenham," kata bekas penyerang Spurs, Dimitar Berbatov.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails