Thursday, September 17, 2009

AC Milan akhirnya tebus kekecewaan



Dua jaringan Filippo Inzaghi (gambar) berjaya membantu AC Milan menang 2-1 ke atas Marseille pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin. Kemenangan itu sekali gus menebus kekecewaan Milan yang bermula hambar pada awal saingan Serie A musim ini.
Inzaghi membuka jaringan pada minit ke-28, namun Marseille menyamakan kedudukan selepas rehat apabila pertahanan Argentina, Gabriel Heinze menanduk masuk buat tuan rumah pada minit ke-49.
Juara Eropah tujuh kali itu kemudian mendahului sekali lagi apabila Inzaghi menyempurnakan hantaran Clarence Seedorf pada minit ke-74.
"Liga Juara-Juara adalah berbeza daripada saingan liga (Serie A), motivasinya tidak sama," kata pembantu jurulatih, Mauro Tassotti.
"Selepas seri 0-0 dengan Livorno, pemain hanya mahu menunjukkan peningkatan. Mereka telah tunjukkan hari ini, kami berjaya mendapat semula keyakinan dan inilah jalan yang harus diikuti."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails