Pemain tengah Chelsea, Joe Cole yang kembali pulih dari kecederaan lama beliau membantu kelabnya menewaskan QPR 1-0 dalam saingan Piala Liga awal pagi tadi.
Carlo Ancelotti menyifatkan Cole sebagai pemain terbaik di mana ia merupakan perlawanan pertama beliau sejak bulan Januari lalu. Beliau membantu Salomon Kalou untuk menghasilkan jaringan tunggal sekali gus melayakkan pendahulu Liga Perdana itu ke pusingan berikutnya.
Joe Cole yang mengalami kecederaan selama lapan bulan kembali bermain untuk Chelsea dan menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukannya itu. “Saya kembali sekarang tetapi saya tidak pergi untuk diri saya. Apa yang boleh saya lakukan ialah bekerja keras dalam latihan. Jika kamu lihat skuad yang kami miliki, ramai yang tidak bermain dalam minggu – minggu,” kata Cole.
Selain itu, Paulo Ferreira turut kembali beraksi untuk Chelsea di mana beliau turut mengalami masalah kecederaan sebelum ini. Kemenangan ini merupakan kemenangan ke lapan Chelsea dalam lapan perlawanan musim ini.
No comments:
Post a Comment