Jurulatih England, Fabio Capello mengesahkan bahawa dia tidak akan meninggalkan pasukan kebangsaan itu selepas berakhirnya Piala Dunia 2010.
Sebelum ini, terdapat kebimbangan Capello bakal meletak jawatan andai dia gagal membawa England ke suku akhir kempen Piala Dunia di Afrika Selatan nanti.
"Sasaran saya adalah untuk menghabiskan kontrak penuh saya. Ia akan berakhir pada 2012 dan saya mahu menghormatinya," kata Capello.
Capello telah berjaya membimbing England mengharungi saingan kelayakan Piala Dunia dengan cemerlang apabila mereka mencatat tujuh kemenangan berturut-turut.
Begitupun, selepas hanya seri 2-2 dengan Belanda pada aksi persahabatan bulan lalu, Capello memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya tidak lagi bermain sambil lewa pada aksi seterusnya.
"Kami berjaya bertahan dengan baik pada semua perlawanan kompetitif tetapi pada aksi persahabatan, kami bermain di bawah tahap sebenar.
"Kami telah membuat kesilapan dan saya perlu berbincang perkara ini dengan pemain," jelas Capello.
Untuk rekod, pengendali dari Itali itu memiliki kontrak bernilai £6 juta (RM34.7 juta) setahun yang hanya akan berakhir pada 2012.-
No comments:
Post a Comment