Cristiano Ronaldo kini bimbang kempen Piala Dunia pasukan negaranya, Portugal akan berakhir selepas sekadar seri 1-1 dengan Denmark, Sabtu lalu.
Denmark kini mendahului Kumpulan 1 dengan kelebihan tujuh mata berbanding Portugal di tangga keempat dan Ronaldo perlu membawa pasukan itu sekurang-kurangnya menduduki tangga kedua untuk layak ke perlawanan playoff.
Ronaldo yang memusnahkan impian England pada Piala Dunia yang lalu dilihat hampir menitiskan air mata meratapi kegagalan pasukannya pada penghujung perlawanan penting di Copenhagen, Sabtu lalu.
Portugal, naib juara Euro 2004 berjaya mencipta 20 peluang terbaik untuk menjaringkan gol dan jurulatihnya, Carlos Quei- roz kini berharap nasib akan memihak kepada pasukannya selepas ini.
"Kami perlu meneruskan misi dan terus yakin pada diri sendiri. Perjuangan belum berakhir dan kami perlu bekerja keras.
"Portugal telah beraksi dengan baik dan pemain juga telah memberi sepenuh tumpuan. Tetapi sekali lagi keputusan perlawa- nan tidak memihak kepada kami."
Pada perlawanan itu, pemain Arsenal, Nicklas Bendtner meletakkan Denmark di hadapan sebelum Liedson menjaringkan gol penyamaan buat Portugal pada minit terakhir perlawanan.
No comments:
Post a Comment