Van Persie sedang dirawat selepas dipijak oleh Adebayor
FA sedang dalam penyiasatan terhadap dua kes oleh penyerang Manchester City, Adebayor ketika pasukan itu menang bergaya menewaskan Arsenal 4-2.
Adebayor didapati membuat provokasi terhadap penyokong Arsenal dengan meraikan jaringan dengan cara berlari ke arah penyokong bekas kelabnya itu. Kes kedua pula melibatkan tindakannya yang didapati sengaja menyepak Van Persie sehingga menyebabkan kecederaan di muka penyerang Arsenal itu.
Pengerusi Persatuan Penyokong Bola Sepak, Malcolm Clarke menyifatkan ianya satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain professional. Beliau berkata pemain bola sepak dibayar untuk bermain ditempat umum dan dikenali, ianya tidak adil jika pemain dan penyokong hendak disamakan.
No comments:
Post a Comment