"Jangan anggap cabaran kami sudah berakhir."
Itu tegas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher yang menyifatkan skuad The Reds merupakan pakar dalam melakukan aksi kebangkitan.
Terdahulu, Carragher dan rakan sepasukannya telah diselar selepas mereka tewas dua perlawanan pada tiga aksi pembukaan Liga Perdana England musim ini.
Skrip yang sama hampir berulang di Stadium Reebok Sabtu lalu apabila Liverpool ketinggalan dua kali sebelum jaringan lewat Steven Gerrard memberikan kemenangan 3-2 ke atas Bolton Wanderers.
Skuad kendalian Rafael Benitez itu sebenarnya pernah mengalami episod yang sama musim lalu terutama menjelang pertemuan dengan Manchester United, Manchester City dan Middlesbrough.
Sebagai rekod, Liverpool telah mengumpul 22 mata selepas mengalami kekalahan kedua musim lalu, iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding tiga musuh tradisi mereka, United, Arsenal dan Chelsea.
Carragher berkata, itulah watak yang diperlukan barisan pemain Liverpool jika mereka bersungguh-sungguh mahu menampatkan kemarau 20 tahun kejuaraan Liga Perdana England musim ini.
"Kami telah mengambil segala kritikan tersebut kerana memang kami tidak memulakan kempen musim ini dengan baik.
"Tetapi tiada siapa yang boleh berkata cabaran kami sudah berakhir.
"Liverpool dan juga United sudah terbukti merupakan pasukan terbaik yang sering melakukan kebangkitan. Kekalahan tidak banyak mengganggu rentak kami," katanya.
No comments:
Post a Comment