Saturday, September 5, 2009

Ronaldo galas misi sukar


RONALDO (depan) selaku pemain paling mahal di dunia jadi sandaran Portugal untuk mara ke Afrika Selatan.

Bantu skuad Portugal mara ke Afrika Selatan

PARIS: Pemain paling mahal di dunia, Cristiano Ronaldo, berdepan situasi sulit membantu skuad kebangsaan Portugal, semifinalis 2006, untuk meletakkan kembali cabaran pasukan itu dalam buruan tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Ronaldo adalah antara beberapa bintang dunia yang menyaksikan skuad kebangsaan mereka terumbang-ambing mengharungi pusingan kelayakan.


Portugal kini menduduki tempat ketiga Kumpulan Satu dengan sembilan mata, ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Denmark dan dibezakan empat daripada Hungary ketika berbaki empat perlawanan.


Hari ini, jurulatih, Carlos Queiroz, yang juga bekas penolong kepada Sir Alex Ferguson di Manchester United, membawa pasukannya ke Copenhagen berdepan Denmark sebelum ke Budapest, Rabu ini.

Hanya juara setiap sembilan kumpulan di Eropah mara ke pusingan akhir manakala lapan pasukan terbaik tempat kedua akan mengharungi perlawanan play-off.

“Kami masih mempunyai peluang untuk layak. Tiada siapa antara kami mahu menonton Piala Dunia menerusi televisyen,” kata penyerang Portugal, Hugo Almeida.

“Kami mencicirkan beberapa mata penting ekoran ramai pemain baru dan muda dalam pasukan. Kami sedang membentuk barisan muda dan prosesnya masih belum selesai. Tapi, kami mampu mengatasinya.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails