Thursday, September 3, 2009

Adebayor tak sabar jumpa Arsenal


Emmanuel Adebayor berkata ia bakal mencetus seperti satu 'perang keluarga' apabila dia turun ke gelanggang menentang bekas pasukan, Arsenal dalam tempoh 10 hari lagi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang itu melakukan permulaan gemilang dalam kerjayanya di Manchester City dengan setiap gol dalam tiga perlawanan pertama sejak perpindahan 25 juta pound (RM147.5 juta) dari Emirates.
Ia meletakkan City dalam empat tempat teratas dan kini mereka berdepan perlawanan sengit menentang Gunners pada 12 September ini.


Adebayor masih merujuk bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Emmanuel Eboue, Gael Clichy dan Alex Song sebagai “saudaranya.”

Tetapi tidak akan ada rasa kasihan apabila mereka bertembung di Eastlands tatkala City tampak mahu meneruskan permulaan cemerlang kepada musimnya.

“Saya tidak sabar beraksi kerana saya akan berbaris menentang rakan sepasukan lama saya, mereka yang menjadikan saya pemain yang lebih baik,” kata penyerang kebangsaan Togo itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails