Friday, September 4, 2009

Angkara Benitez


Selepas sekian lama berdiam diri, perancang Sepanyol, Xabi Alonso akhirnya mendedahkan punca sebenar dia meninggalkan Liverpool untuk menyertai Real Madrid.

Menurut Alonso, keputusannya untuk meninggalkan kelab Anfield itu telah difikirkan sejak setahun lalu selepas mengetahui pengurus Liverpool, Rafael Benitez mahu menjualnya ke Juventus.

Alonso juga mengakui tindakannya enggan beraksi dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara ketika kelahiran anak lelakinya tiga tahun lalu turut mencetuskan perselisihan faham dengan pengurusnya, Rafael Benitez.

Malah perancang itu turut mengakui dia kecewa apabila mengeta- hui Benitez cuba menjualnya ke Juventus setahun yang lalu.

"Ia suatu keputusan yang sukar untuk dibuat selepas berada di kelab ini selama lima tahun," jelas Alonso.

"Saya selalu kata bahawa hubungan kami adalah hubungan profe- sional. Saya sentiasa cuba melaksa- nakan segala arahannya, cuba beraksi dengan baik di atas padang.

"Musim panas lalu kelab ini cuba menjual saya untuk mendapatkan wang bagi membeli pemain baru (Gareth Barry). Ia sesuatu yang sukar diterima."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails