Sunday, September 6, 2009

Malaysia seri tanpa jaringan dengan Jordan

VS

Malaysia menamatkan kunjungan ke Asia Barat dengan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Jordan pada perlawanan persahabatan yang berlangsung awal pagi tadi di Stadium King Abdullah II di Amman, menurut laman web Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia merupakan keputusan seri pertama yang dicatatkan oleh anak-anak buah jurulatih K. Rajagobal setelah tewas dua perlawanan persahabatan sebelum ini di Arab Saudi.

Pada perlawanan persahabatan pertama, 31 Ogos lepas Malaysia tewas 1-2 kepada Arab Saudi dengan jaringan tunggal dihasilkan oleh penyerang Harimau Muda, Ahmad Syakir Mohd Ali dan sekali lagi tumpas 0-1 kepada kelab negara itu, Al-Qadisiya, dua hari kemudian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails