|
|
Pengurus City itu meraikan kemenangan ketiga berturut-turut pasukannya selepas menewaskan Portsmouth 1-0 kelmarin hasil jaringan tunggal Adebayor.
"Dia (Adebayor) sekali lagi telah mempamerkan persembahan cemerlang," kata Hughes mengenai kejayaan penyerangnya itu menjaringkan tiga gol selepas tiga perlawanan.
"Sebelum ini pelbagai pihak memperkatakan tentang peribadi negatif Adebayor sebagai pemain dan individu. Tapi dia ke sini dengan semangat untuk memberi kejayaan kepada kami.
"Dia rajin bersuara di dalam bilik persalinan dan memberi perangsang kepada rakan sepasukan. Banyak perkara negatif yang diperkatakan orang saya tidak nampak pun.
"Dia gembira dengan apa yang dilakukan dan penyokong juga suka kepadanya. Itulah yang mungkin dia tidak perolehi dalam hidupnya sebelum ini," jelas Hughes.
Adebayor menanduk masuk gol tunggal City pada minit ke-30 pada perlawanan kelmarin dan dia kini sudah tidak sabar untuk bertemu bekas pasukannya, Arsenal pada 12 September depan.
"Tahap keyakinan saya semakin memuncak," kata Adebayor.
No comments:
Post a Comment