Saturday, October 3, 2009

Torres tak minat United


Torres

Penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres tidak berminat menyertai Manchester United. Biarpun penyerang Sepanyol itu baru berusia 25 tahun, dia sudah mula memikirkan untuk meneruskan karier jangka panjangnya bersama Liverpool dan mahu kekal selama-lamanya di Anfield.
Ditanya jika diberi peluang untuk menyarung jersi United, Torres berkata, dia perlu terlebih dahulu memahami perasaan antara penyokong Liverpool dan United.
"Saya seorang pemain luar tetapi saya tahu bagaimana perasaan penyokong Liverpool. Saya masih ingat bagaimana sambutan mereka ketika saya tiba di sini, cukup mengagumkan.
"Jadi saya berharap dapat beraksi banyak tahun lagi di sini atau mungkin menamatkan terus karier bersama Liverpool.
"Liverpool adalah pasukan saya di England dan saya tidak rasa untuk bermain dengan pasukan lain," jelas Torres.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails