Monday, October 5, 2009

Pengadil jadi sasaran kemarahan Ferguson


WILEY (kiri) dikatakan kurang cergas ketika mengendalikan perlawanan di Old Trafford kelmarin.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengkritik tahap kecergasan pengadil, Alan Wiley selepas menyaksikan pasukannya sekadar seri 2-2 dengan Sunderland dalam saingan Liga Perdana England kelmarin. "Dia tidak cukup cergas untuk mengadili perlawanan ini," kata Ferguson.
"Kepantasan dalam perlawanan ini memerlukan seorang pengadil yang mempunyai stamina dan kecergasan yang kuat.
"Ia satu gambaran mengenai kelemahan bola sepak kita.
"Kamu boleh lihat bagaimana tahap kecergasan pengadil dari negara lain.
"Kita ada beberapa pengadil yang cergas. Tetapi dia (Wiley) tidak. Dia mengambil masa 30 saat untuk melayangkan kad kuning kepada pemain. Dia memerlu- kan rehat," tambah Ferguson.
United terlepas peluang menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat, Chelsea selepas gagal menggunakan kesempatan bermain di hadapan peminat sendiri.
Pada pertemuan di Old Trafford itu, Sunderland dua kali mendahului menerusi Darren Bent dan Kenwyne Jones, namun The Red Devils bangkit semula menyamakan kedudukan menerusi Dimitar Berbatov dan jaringan sendiri pertahanan Anton Ferdinand.
"Kami bernasib baik walaupun beraksi hambar dalam perlawanan ini," kata Ferguson.
"Hantaran kami tidak seperti yang saya harapkan. Kami kerap kali kehilangan bola tetapi pujian juga kepada pemain kerana tidak mengaku kalah.
"Ia satu kualiti yang ada pada kami dan dimiliki semua pemain."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails