Tuesday, October 6, 2009

Malaysia vs Laos



Perlawanan menentang Laos petang esok bolehlah diibaratkan sebagai final atau penentu kejuaraan kejohanan jemputan 4 negara sempena persediaan Sukan SEA. Perlawanan pukul 4.30ptg ditukarnya kepada pukul 7.00 ptg (8.00 mlm waktu Malaysia) untuk menjadikannya perlawanan kemuncak pada kejohanan kali ini.

Tuan rumah yang turun dengan skuad utama untuk sukan SEA nanti (bawah 23 tahun) semalam menumpaskan Thailand 3-0. Mereka sudah tentu ingin menjadikan kejuaraan kali ini sebagai pesta besar semeriah pesta lumba perahu dan Loykratong yang dirayakan sekarang ditebing sungai Mekong. Perbezaan fizikal jelas memihak kepada pemain Laos semasa menentang Thailand dan Vietnam yang turun dengan skuad bawah 19 tahun, begitu juga Harimau Muda. Beberapa pemain Laos mendapat pendedahan luas kerana mereka beraksi di Liga Thailand.

Jurulatih Harimau Muda ketika ditemui akur dengan kelebihan tuan rumah terutama dengan lebih 20 ribu penyokongnya yang akan menbanjiri stadium, begitu juga dengan pengadil dan penjaga garisan dari tuan rumah yang beliau harapkan bersikap profesional.

Menurutnya Ong Kim Swee, "Apabila kita melangkah pada tahap ini, kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi, pemain harus menghadapi semua kemungkinan dengan satu saja tekad iaitu ingin menang, ingin menjadi juara. Saya rasa situasi sebegini baik untuk para pemain belajar bagaimana untuk mengatasi keadaan sukar dan kurang memihak kepada kita."

Tambahnya..
"Harimau Muda akan turun dengan kesebelasan terbaik kerana kami inginkan kejuaraan. Para pemain akan bermain bermati-matian kerana mereka telah buktikan mereka sudah mampu mencapai sesuatu pada tahap antarabangsa."


Ong Kim Swee merancang Strategi bersama para pemainnya merancang strategi untuk menghadapi Laos.


Aksi Mohd. Khairul Izzuwan semasa latihan semalam.


Penolong Jurulatih, Hassan Sazali bersama jurulatih kecergasan Rastislav Bozik memerhati pemain menjalani latihan.


Ahmad Shakir pasti menerima kawalan ketat pertahanan Laos malam ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails