|
|
Pedro menyambut hantaran silang Maxwell sebaik separuh masa kedua bermula dan meledakkan rembatan menuju ke bucu kanan gawang lawan.
Barcelona kini mengumpul 18 mata daripada enam perlawanan dan ia adalah permulaan musim liga tempatan terbaik yang dicatatkan oleh penyandang juara Liga Sepanyol itu setakat ini.
Kemenangan, kelmarin itu juga memberi Catalan berkelebihan tiga mata mengatasi pencabar tradisinya, Real Madrid yang bertemu Sevilla.
Real berhadapan kelab ketiga terbaik liga, Sevilla (semalam) dan mungkin tanpa menggunakan khidmat ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo.
Pemain sayap itu terseliuh buku lali kanan, minggu lalu ketika membantu kelabnya mengatasi Olympique Marseille 3-0 dalam Liga Juara-Juara.
Kelmarin, Guardiola meletakkan Pedro dalam kesebelasan pilihannya, menggantikan Thierry Henry yang direhatkan kerana kecederaan.
Bermain di gelanggang sendiri, Catalan mendominasi peringkat awal permainan menerusi corak hantaran licik.
Namun begitu, penjaga gol Almeria, Diego Alves melaksanakan tugas dengan cemerlang bagi menafikan percubaan voli Xavi pada minit ke-18 yang menyaksikan bola menuju ke palang.
Pedro kemudiannya melakukan tindakan susulan selepas percubaan Xavi, namun ia sedikit tersasar ke kanan gawang.
Gerakan cantik itu terhasil menerusi gandingan mantap Xavi bersama penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic yang menyambut ulang tahun ke-28 pada perlawanan itu.
Barcelona dilihat gagal mendominasi pada separuh masa kedua apabila pemain Almeria mengejar setiap bola yang dikawal oleh jentera Catalan.
Biarpun pasukan pelawat berjaya menghasilkan beberapa pergerakan merbahaya, namun mereka masih gagal untuk memperoleh gol penyamaan.
No comments:
Post a Comment