Monday, October 5, 2009

Selangor rebah di Kota Singa


ANTARA aksi menarik pada perlawanan antara Veteran Selangor dengan Singapura semalam.



KEHEBATAN Selangor dalam saingan liga domestik gagal diteruskan ketika mereka berdepan Singapura di padang rumput tiruan Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.
Pada perlawanan tahunan Piala Sultan Selangor 2009 itu, Selangor tewas 0-3 kepada Singapura yang menurunkan skuad kebangsaan mereka.
Bagi Singapura, kemenangan pada edisi kelapan itu merupakan kali keempat mereka muncul juara selepas berjaya melakukannya pada edisi 2006 dan 2007 termasuk juara bersama pada edisi 2004.
Singapura dilihat menguasai sepenuhnya aksi separuh masa pertama dan mereka berjaya menggegar gawang Selangor yang dikawal Hamsani Ahmad sebanyak tiga kali sambil pelawat jelas keletihan akibat jadual padat yang dilalui dalam saingan Piala Malaysia.
Gol pertama Singapura dijaringkan ketua pasukan, Indra Sahdan Daud pada minit ke-27 diikuti jaringan kedua menerusi penyerang kelahiran Yugoslavia, Aleksandar Duric (34) dan sepakan percuma pemain tengah berasal dari England, John Wilkinson (45).
Pada babak kedua, jurulatih Selangor, K. Devan membuat empat pertukaran serentak dengan memasukkan D. Surendren, Zaiza Zainal Abidin, Fitri Shazwan Raduwan dan Rudie Ramli bagi menggantikan Razman Roslan, Nasriq Baharom, R. Surendren dan Fazilidin Khalid.
Selangor bagaimanapun tetap gagal menembusi gawang Singapura yang dikawal Hassan Sunny apabila percubaan Rudie pada minit ke-54 sedikit tersasar, rembatan kencang Safee Sali terkena palang (68) dan sepakan percuma Hardi Jaafar ditepis keluar oleh Hassan (79).
Selaku juara, Singapura membawa pulang piala pusi- ngan dan wang tunai RM50,000 manakala Selangor sekadar berpuas hati dengan wang tunai RM10,000.
Terdahulu pada perlawanan pembuka tirai, Veteran Singapura berjaya menewaskan Veteran Selangor 4-1 menerusi penentuan penalti setelah terikat 1-1 pada 40 minit masa permainan sebenar.
Veteran Singapura mendahului pada minit ke-22 menerusi Salim Moin hasil sepa- kan penalti sebelum Abdul Muin Rahim menyamakan kedudukan buat Selangor dua minit kemudian.
Salim, Syed Faruk, V. Sundram Moorthy dan Yahya Madon berjaya menyempurnakan keempat-empat sepakan penalti Veteran Singapura dengan menewaskan Rashid Hassan.
Bagi Veteran Selangor pula, hanya sepakan pertama P. Maniam menerjah jaring manakala dua sepakan berikutnya oleh Ismail Ibrahim dan Shahrin Majid berjaya diselamatkan Yacob Hashim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails