Tuesday, October 6, 2009

Ronaldinho jadi wira Milan


RONALDINHO

Pemain gantian, Ronaldinho meledak gol penyamaan ketika permainan berbaki tujuh minit sekali gus membantu AC Milan mengikat Atalanta 1-1 dalam aksi Serie A kelmarin. Pada aksi kelmarin, Milan terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 ketika berdepan Atalanta yang dipaksa bermain 10 orang.
Namun, jaringan dilakukan Ronaldinho itu merupakan jaringan keempat Milan dalam tujuh perlawa- nan mereka termasuk dua kemenangan.
Untuk rekod, kelab Rossoneri itu juga dilihat gagal memenangi empat perlawanan terakhir dalam kempen Eropah dan domestik, sekali gus menambah lagi tekanan ke atas bahu jurulatihnya, Leonardo.
Begitupun, pemain pertahanan, Alessandro Nesta menegaskan, jurulatih dari Brazil itu tidak sepatutnya dipersalahkan atas prestasi hambar kelab tersebut.
"Kami kehilangan dua mata pada malam ini (kelmarin). Kami telah mencuba sedaya upaya tetapi nampaknya seperti kami tidak mencuba bersungguh-sungguh kerana semuanya tidak berjalan dengan baik. Kami tidak berjaya mengawal semua kawa- san di atas padang," kata Nesta.
"Ia satu situasi yang sukar tetapi kami tetap menyokong Leonardo. Kamu akan kecapi kejayaan dan kekalahan bersama-sama. Kegagalan ini tidak akan ditanggung oleh seorang individu sahaja."
Atalanta mula mendahului pada minit ke-21 menerusi Simone Tiribocchi sebelum Ronaldin- ho menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti tujuh minit sebelum tamat permainan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails