Thursday, October 8, 2009

Jutawan Hong Kong beli Birmingham


Carson Yeung

Separuh dari kelab Liga Perdana England sekarang ini dimiliki oleh pemilik luar selepas ahli perniagaan Hong Kong, Carson Yeung dari Grandtop International Holdings mengambil 94 peratus dari kepentingan Birmingham City, kelmarin.
Yeung, yang sudah memiliki 30 peratus kepentingan syarikat tersebut, berhak memiliki baki saham tersebut dan mendaftar semula Birmingham sebagai sebuah syarikat swasta.
"Grandtop berbesar hati ingin mengumumkan semua perkara tersebut, semua keadaan penawaran telah dipersetujui, tawaran telah diputuskan tidak mendapat sebarang halangan," kata syarikat tersebut dalam kenyataan kepada London Stock Exchange.
Pengurus Birmingham, Alex McLeish gembira dengan pengambilalihan tersebut berjalan lancar dan berharap dia mempunyai lebih banyak wang untuk membeli pemain pada Januari akan datang dan berada di pertengahan liga selepas dinaikkan pangkat musim ini.
"Ia adalah masa yang terbaik dan sesuatu yang hebat buat kami.
"Saya bersedia untuk bekerjasama dengan pemilik baru. Saya bercita-cita tinggi dan mereka juga. Jika ada wang untuk dibelanjakan kami akan menerima dengan hati terbuka.
"Kami bersedia untuk memasuki era baru. Penyokong amat menantikan satu lagi pembaharuan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails