Tuesday, October 13, 2009

'Itali sukar jadi juara'


IMBAS KEMBALI... Lippi (tengah) bersama pemain Itali meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Dunia 2006 di Jerman.


Itali mungkin gagal mempertahankan kejuaraan Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.
Demikian pengakuan terbuka daripada jurulatihnya, Marcello Lippi.
Menurut Lippi, kemungkinan itu bakal berlaku andai pemain-pemain skuad Azzurri itu gagal mengubah corak permainan mereka.
Persoalannya siapakah silap, pemain atau corak yang diperkenalkan oleh jurulatih itu sendiri.
Kenyataan Lippi itu bagaikan mengkritik dirinya sendiri apabila mengulas tentang kelemahan corak permainan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya.
Itali mengesahkan slot ke pusingan akhir tahun depan selepas seri 2-2 dengan Ireland kelmarin, namun Lippi mengakui permainan yang dipamerkan anak buahnya masih jauh ke belakang.
"Jika kami mahu memenangi Piala Dunia lagi, maka kami perlu mempercepatkan tempo permainan kami bermula sekarang," jelas Lippi.
"Seperti mana pasukan-pasukan besar yang lain, Itali tidak pernah tampil pada kejohanan utama hanya semata-mata untuk melengkapkan penyertaan.
"Namun, kami datang untuk mempertahankan kejuaraan dan sebab itu, kami harus tampil lebih baik berbanding apa yang kami miliki hari ini."
Menurut Lippi lagi, dia cukup bimbang dengan kualiti permainan anak buahnya ketika ini, yang mana jauh lebih buruk jika dibandingkan ketika mereka muncul juara Piala Dunia 2006 di Jerman tiga tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails