Friday, October 9, 2009

Owen masih idam tempat dalam England


Michael Owen

Michael Owen berkata, dia mempunyai cukup keyakinan terhadap sentuhan golnya dalam usaha merebut tempat dalam skuad England sehingga Piala Dunia tahun depan. Penyerang Manchester United berusia 29 tahun itu membuat kenyataan sedemikian selepas namanya tercicir lagi untuk beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine dan Belarus.
Owen terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan terbaru iaitu pangkal peha ketika beraksi bersama United dalam kempen Liga Juara Juara Eropah minggu lalu.
Dia terhincut-hincut keluar selepas hanya beraksi selama 20 minit ketika menentang Wolfsburg yang turut disaksikan jurulatih England, Fabio Capello.
Di bawah kendalian Capello setakat ini, Owen hanya pernah sekali dipanggil beraksi untuk negaranya.
“Saya perlu sentiasa optmistik. Saya juga akan terus menjaringkan gol. Rekod saya adalah buktinya.
“Cuma saya perlu bermain lebih baik dan menjaringkan gol untuk Manchester United. Jika itu berjaya dilakukan, saya boleh kembali kepada puncak prestasi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails