Thursday, October 8, 2009

Rusia mesti kalahkan Jerman



Rusia mesti cuba mencatatkan kemenangan pada peringkat kelayakan menentang Jerman bagi memastikan layak secara automatik di Piala Dunia tahun depan.
Mereka hanya tewas sekali dalam perlawanan kelayakan tahun lepas di Dortmund 2-1 kepada pendahulu Kumpulan 4, Jerman tetapi mereka dilihat kurang selesa apabila kehilangan mata apabila seri 3-3 menentang Finland.
Jerman sekarang ini mendahului dengan satu mata mengatasi Rusia tatkala berbaki dua perlawanan lagi.
Jika Jerman menang Sabtu ini, Rusia akan layak secara automatik ke Afrika Selatan tanpa perlu memikirkan perlawanan terakhir menentang Finland.
Sementara itu, Rusia bukan sahaja perlu mengalahkan juara dunia tiga kali itu tetapi juga memenangi perlawanan terakhir di Baku menentang Azerbaijan bagi merebut tempat ke Piala Dunia.
Pengurus Rusia, Guus Hiddink berkata, dia percaya pasukannya akan dapat meneruskan rentak kemenangan bagi mengelak perlawanan playoff bagi menentukan tempat ke Afrika Selatan tetapi dia mengikatkan ia adalah satu tugas sukar.
"Perlawanan bertemu Jerman adalah sangat sukar tetapi inilah bola sepak sebenarnya.
"Stadium akan penuh menyaksikan sendiri pertembungan merebut tempat teratas kumpulan. Ia memang hebat," kata Hiddink.
Hiddink membuat perbandingan situasi di antara pasukan Rusia dalam kelayakan Piala Dunia 2010 di peringkat kumpulan dengan mereka hadapi dua tahun lalu peringkat penentuan bersama England di Moscow dalam kelayakan Euro 2008.
"Situasinya dilihat hampir sama tetapi sekarang kami adalah sebuah pasukan yang berpengalaman berbanding dua tahun lalu.
"Saya berharap kami akan mendapat sokongan yang sama dari peminat sama seperti dua tahun lalu.
"Bagaimanapun Jerman dilihat pasukan terbaik untuk menewaskan lawannya dengan beberapa perkara di luar jangkaan dan kali ini, saya rasa kami akan melakukan lebih berbanding menentang England untuk meraih kejayaan," katanya.
Hiddik menambah, dia yakin Jerman dan Rusia, kedua-duanya akan mara ke Piala Dunia tanpa mengira keputusan pada perlawanan Sabtu ini.
"Saya pasti kedua-dua pasukan akan beraksi di Afrika Selatan tahun depan.
"Pasukan tangga kedua akan mara ke Afrika Selatan melalui pintu belakang, iaitu playoff," katanya.
Penyerang Antarabangsa Rusia, Pavel Pogrebnyak yang beraksi untuk pasukan Liga Jerman, Stuttgart berkata, dia dan rakan sepasukannya akan menang perlawanan yang dianggap tumpuan tahun ini.
"Kami semua memahami ini adalah tahun yang penting dan kami bersedia untuk memenanginya," ujarnya.
Rusia akan membariskan pasukan terkuat kecuali dengan seorang pemain.
Pertahanan utama, Denis Kolodin dari Moscow Dynamo yang gagal pulih dari kecederaan pinggul dan tidak dapat beraksi.
Seorang lagi pemain Dynamo Moscow, Vladimir Gabulov, yang merupakan penjaga gol nombor dua, tidak beraksi kerana keretakan tulang di mukanya.
Pasukan di tangga kedua akan beraksi dalam perlawanan playoff timbal balik menentang salah sebuah pasukan tempat kedua dari lapan kumpulan peringkat Eropah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails