Sunday, October 4, 2009

Spurs bawa pulang satu mata


Bola tendangan pemain tengah Tottenham Hotspur Niko Kranjcar (kanan) gagal diselamatkan oleh penjaga gol Bolton, Jussi Jaaskelainen ketika kedua-dua kelab itu bertemu pada perlawanan Liga Perdana England, malam tadi. Kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Tottenham Hotspur gagal dalam misi mencipta kemenangan ketika menentang Bolton Wanderers pada aksi Liga Perdana England di Stadium Reebok semalam.
Skuad kendalian Harry Redknapp itu sekadar membawa pulang satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 2-2.
Ricardo Gardner menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol pembukaan seawal minit ketiga sebelum Niko Kranjcar menyamakan kedudukan buat Spurs pada minit ke-34.
Bolton kembali berada di hadapan apabila Kevin Davies menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-69.
Bagaimanapun, Vedran Corluka muncul penyelamat Spurs apabila menyumbat gol penyamaan pada minit ke-73.
Di Turf Moor, tuan rumah, Burnley meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Birmingham City 2-1.
Steven Fletcher menjaringkan gol pembukaan Burnley pada minit ke-53 sebelum Andre Stephane Bikey menambah gol kedua tuan rumah sembilan minit kemudian.
Gol sagu hati Birminham dijaringkan oleh Sebastian Larsson pada minit ke-90.
Di Stadium The Kingston Communications, Hull City mencipta kemenangan 2-1 ke atas Wigan Athletic.
Gol-gol Hull dijaringkan oleh Jan Vennegoor pada minit ke-60 dan Marcio Geovanni (68).
Scott Sinclair menyumbang gol tunggal Wigan pada minit ke-87.
Di Stadium Molineux, Wolverhampton tewas 0-1 kepada Portsmouth.
Gol kemenangan Portsmouth dijaringkan oleh Hassan Yebda pada minit ke-19.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails