Terbaru, United tampil menyuarakan rasa marah mereka dengan tindakan pihak tersebut yang mendesak Persatuan Bola Sepak England (FA) agar mengambil tindakan berat ke atas Alex Ferguson.
Menurut laporan, FA telah menghantar surat tunjuk sebab kepada pengurus United itu untuk mendapat penjelasan ekoran komen kerasnya terhadap penga- dil Alan Wiley ketika perlawanan Liga Perdana England, Sabtu lalu yang menyaksikan United seri 2-2 dengan Sunderland.
Ketika itu Ferguson mendakwa, Wiley sebagai tidak cukup cergas untuk meng- adili perlawanan liga.
"Dia mengambil masa 30 saat untuk melayangkan kad kuning kepada pemain. Saya rasa, dia memerlukan rehat," jelas Ferguson selepas perlawanan di Old Traf- ford berakhir.
Begitupun, komen pedas Ferguson itu mendapat reaksi kurang senang di kala- ngan ahli Persatuan Pengadil sehingga mereka mendesak agar pengurus dari Scotland tersebut digantung daripada terlibat dalam pasukannya.
Namun, sumber dalaman mendedahkan yang pengurusan tertinggi kelab itu turut berang dengan tindakan Persatuan Pengadil yang cuba memperbesarkan isu tersebut dengan membawanya ke FA.
"Apa yang mereka lakukan adalah tidak wajar kerana mereka cuba memberi tekanan kepada pihak FA untuk mengam- bil tindakan ke atas Alex," jelas sumber tersebut.
"Sepatutnya mereka sudah tahu bahawa siasatan dalam FA adalah rahsia dan tidak boleh dicampuri oleh mana-mana pihak."
No comments:
Post a Comment